Wednesday, September 1, 2010

Penantian yang mendebarkan




Assalamualaikum Tunangku...


Awak apa khabar yer?


Saya baru je pulang dari hospital..
Alhamdulillah, hari ni adalah hari yang paling mengembirakan saya. awak tahu, saya berjaya menyahut cabaran diri saya sendiri, dan alhamdulillah it goes well and everyone gets benefit from it..Very satisfied with my job here....how about you there?


awak tahu, hari ni dah masuk hari yang ke-96 kita diikatkan dalam satu hubungan pertunangan. Sekejap je masa berlalu. dan nak hampir setahun kita bertunang..


Tinggal lagi 6 bulan, 1 minggu dan 4 hari untuk kite bergelar suami dan isteri.  Awak tahu, saya tak dapatkan bayangkan macam mana kita dalam 6 bulan akan datang. sejujurnya, ianya satu penantian yang mendebarkan. Berdebar untuk menghadapi hari yang paling bermakna buat saya.


Semalam saya dah lafazkan perjanjian saya pada awak untuk jadi seorang suami yang paling terbaik dan seorang ayah yang paling penyanyang untuk anak-anak kita nanti. Ini bukanlah satu harapan kosong, Insha Allah akan saya laksanakan once lafaz itu dimeteraikan.


Memang besar tanggungjawab sebagai seorang suami, begitu juga dengan tugsan seorang isteri, tetapi ianya akan jadi lebih mudah sekiranya kita saling memahami antara satu sama lain. bila persefahaman ini  wujud diantara kita, kita kan mudah untuk saling membantu antara satu sama lain, malah mampu untuk sama-sama menongkah arus kekeluargaan dewasa ini yang banyak mehnah dan tribulasi. Saya takkan lepaskan tanggungjawab untuk mendidik anak anak pada bahu awak seorang, malah KITA sama sama membentuk mereka agar menjadi insan yang berguna pada Agama kita kelak.


Saya tak sabar untuk sampai pada zaman kita membawa anak anak ke masjid, mengajar mereka mengenai Usrah, mendedahkan mereka dengan sifat sifat terpuji Nabi Muhammad SAW, kisah para sahabat baginda, mengajar mereka erti hidup berdikari dan sebagainya.


Awak, 
walaupun satu hari nanti mungkin kita akan sibuk dengan tugasan masing masing, tetapi janganlah kita abaikan mereka, kalau perlu kita bawa mereka ke tempat kerja, kita akan bawa. Jangan sampai mereka berasa kekurangan kasih sayang, kurang perhatian dan sebagainya. kalau boleh, kita lah tempat pertama mereka untuk mengadu masalah masalah mereka..bukan kepada kawan kawan mereka.


Baiklah awak, setakat ini dulu untuk kali ni, insha Allah ada masa lapang, akan saya nukilkan lagi apa yang terdetik di hati saya ni..


Salam dan selamat berbuka

No comments:

Post a Comment