Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum...
Sebelum itu, sekadar makluman awak, apa yang akan saya tuliskan dibawah ini bukanlah bertujuan untuk mengungkit apa yang dah berlaku (saya tetap berpegang pada janji tu), tetapi ianya adalah satu keterangan ikhlas yang lahir daripada hati saya yang cuba untuk saya sampaikan pada awak sebelum ni, tapi tiada kesempatan untuk melunaskannya.
Awak,
Pertama sekali, saya nak awak tahu yang saya tidak pernah berniat untuk menyekat kebebasan awak. Tiada terlintas pon niat cetu. Mungkin selama ini terdapat beberapa pandangan serta teguran saya yang mencerminkan yang saya ini seorang yang cuba untuk merampas kebebasan awak.Sebenarnya tidak....
Teguran dan pandangan itu sebenarnya lahir daripada hati yang ikhlas seorang 'teman' kepada insan yang teristimewa dalam hidupnya.
Saya sendiri tidak menyukai diri dikongkong, tetapi sekiranya nasihat dan teguran itu berguna untuk saya agar saya tidak tergelincir daripada landasan yang sebenar, saya alu-alukan sebarang nasihat dan teguran. Mana yang baik dikekalkan dan mana yang tidak baik kita elakkan.
Saya bukanlah seorang yang syadid tetapi sekiranya sesuatu perkara itu adalah jelas salah di pandangan mata, sebagai seorang muslim, "nasihat" itu perlu.
Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman."
Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya."
Anas r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya."
Ertinya: Orang yang menganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar itulah pembuka kebaikan dan penutupan dari kejahatn dan ia termasuk orang mukmin sebagaimana firman Allah s.w.t.: "Wal mu'minuna wal mu'minaatu ba'dhuhum auliyaa'u ba'dh ya'muruuna bil ma'rufi wayanhauna anil mungkar." Yang bermaksud: "Orang-orang mukmin lelaki dan perempuan setengah menjadi wali pembantu pada setengahnya, menganjurkan kebaikan dan mencegah dari mungkar."
Said meriwayatkan dari Qatadah berkata: "Ada seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. ketika diMekah lalu bertanya: "Benarkah engkau mengaku sebagai utusan Allah s.w.t.?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. : "Ya" Lalu bertanya: "Amal apakah yang lebih disukai Allah s.w.t?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Menghubungi keluarga." Tanyanya lagi: "Kemudian apakah?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Menganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar." Lalu ditanya lagi: "Amal apakah yang sangat dimurkaiAllah s.w.t.?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. " Syirik, mempersekutukan Allah s.w.t." "Kemudian apakah?" tanyanya lagi. Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Memutuskan hubungan kekeluargaan." "Kemudian apakah?" tanyanya lagi. Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Meninggalkan amar ma'ruf dan nahi mungkar (tidak suka menganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar)."
Saya akui yang saya tiada hak ke atas awak. Tetapi, hak sesama muslim tidak pernah terpadam kerana setiap muslim itu adalah bersaudara. Nabi SAW ada bersabda bahawa "adapun dari tanggungjawab seorang muslim itu ke atas saudara muslimnya yang lain ialah dengan memberi nasihat untuknya semasa ketiadaannya". kita pon sedia maklum kan yang nasihat adalah agama dan ajaran Islam.
Awak,
saya akui yang saya bukanlah seorang insan yang sempurna. saya juga kekadang tewas dengan kekhilafan sendiri.kekadang saya perlukan nasihat sebagai pembimbing kepada saya daripada terus hanyut dalam arus lagha. Nabi SAW juga pernah bersabda, "Apabila seseorang dari kamu meminta nasihat dari saudaranya maka hendaklah saudaranya itu memberi nasihat kepadanya".Nasihatilah saya awak..saya bukan insan yang sempurna.
Saya juga mengaku yang saya bukanlah seorang abang yang baik. saya masih lagi belom berhasil untuk membentuk adik adik saya mengikut acuan yang Islam gariskan. sukar untuk approach adik beradik sendiri.semoga tuhan memberikan ketabahan dan kekuatan untuk saya meneruskan tugas seorang abang agar saya tidak didakwa di akhirat kelak.
Awak,
Saya begitu concern pada awak kerana awak bakal menjadi Isteri yang solehah, bakal menjadi Ibu mithali kepada anak anak saya kelak, bakal menjadi menantu yang solehah kepada ma dan bak, bakal menjadi pelengkap kepada kesempurnaan adik beradik saya, bakal menjadi pemimpin dalam masyarakat muslimah dan semoga Allah perkenankan doa saya untuk jadikan awak wanita syurga.
Awak,
saya bakal menerima amanah yang besar daripada Allah SWT. Amanah yang mana akan dipersoalkan di akhirat kelak sekiranya ianya tidak dijaga dengan baik. Amanah ini bisa menjadi penghalang kepada seorang suami untuk menghidu bau syurga, kerana dosa yang dilakukan oleh si isteri akan ditambah ke dalam saham si suami di akhirat kelak. Saya berazam untuk menjaga amanah itu dengan berlandaskan acuan yang islam gariskan di dalam al-Quran dan As-sunnah.
Awak, bantulah saya untuk menjalankan amanah sebagai seorang suami yang terbaik kelak.......
Dan sekali lagi,saya tak pernah bermaksud atau berniat untuk merampas kebebasan awak..
Ikhlas nukilan Tunangmu....

No comments:
Post a Comment