Bismillahirrahmairrahim...
Salam alayk..
waaah makin lame makin meriah blog ni \(^_^)/ rajinnye tuan blog ni yee...
hmm comeelnyyeeeee budak dalam gmbar tu...sgt comel.....wahahaha jgnla jeles ye dgn kecomelan die =p
hii em, thanks ye..
pasal tmpat tinggal etc tu, thanks for informing, n if awak tak inform pon, inshaAllah sy faham dgn status kte yng masih student..ape yng sy harapkn cuma sy dapt dididik dan mendidik dgn sebaiknye..sbb sy nk jd org baik...nk jadi anak yng solehah, isteri yng solehah, wanita yng solehah dan hamba Allah yng solehah.. n untuk jd semua tu, sy perlukan kekuatan dalaman dan luaran dari diri sy dan juga bakal pendamping diri sy nanti..
"Ya Allah, permudahkan dan kabulkan hajat2 kami yng lemah ini Ya Allah"... ameen
p/s: selamat berposting d temerloh..kat sane klo bnyak mase free study la bnyak2..sbb kat cni activity n jadwal posting penuhkn..have a nice week there! jgn nakal2 ^_*
Saturday, December 25, 2010
Teka Gambar
Siapakah si comel yang paling belakaaaaaaaannnnng sekali??
hehe...
kalo betol, nanti dapat hadiah...eheh
![]() |
Haaaa, betol....!! pandai awak teka..... hehe..... |
Thursday, December 23, 2010
~_^
Assalamualaikum wth bth...
Alhamdulillah,semalam kite telah selesaikan perihal rumah dan saya bersetuju dengan hasrat awak itu =)
Sebelum itu, seribu kemaafan dipinta kerana tak membantu sangat dalam discussion malam tadi..huhu.
Bukan kerana malas nak merespon, tapi ketika itu kepala terasa berat dan sakit, sebab tu saya terpaksa tidur awal.
Dan saya tak salahkan awak atau pun terasa dek kerana kelewatan merespon msg kat YM, saya faham awak tengah ada keje time tu. I should be the one yang kene mintak maaf sebab kaco awak malam tadi..huhu..sorry.. =) dan saya tido awal malam tadi memang kerana sakit kepala ni, takde sebab lain. =)
sekarang,saya belum buat keputusan lagi samada nak terus stay kat MAP atau pun pindah ke asrama.segala keputusan saya nanti, i'll let you know, Insha Allah.
pape pun keputusannya, semoga ianya memberi kebaikan dan keharmonian kepada kita berdua.
Awak
Saya memohon sejuta kemaaafan, sebagai seorang suami di alam universiti yang masih memegang title student, yang masih belom mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap, banyak perkara yang tak dapat saya sediakan untuk awak sebagai seorang isteri. Persediaan perkahwinan kita yang ala kadar dan saya yang sepatutnya menyediakan tempat berteduh/perlindungan untuk awak tetapi buat sementara waktu ini, saya tak mampu untuk lunaskannya.
Keberadaan kita di universiti, ketiadaan pekerjaan dan pendapatan yang tetap buat sementara waktu ini tidak sesekali menghalang saya untuk menunaikan tanggungjawab-tanggungjawab suami yang lain seperti mana yang telah digariskan dalam Islam .
Apabila akad nikah itu dilafazkan, saya berazam untuk menunaikan tanggungjawab-tanggungjawab itu sebaik yang mungkin selaras dengan firman Allah SWT dalam surah an-nisa' :34 yang bermaksud:
"Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya."
saya akan sedaya upaya berusaha untuk menjadi seorang pemimpin yang terbaik kepada kerajaan rumahtangga yang akan kita bina kelak. Dan saya akan pastikan keselamatan dan kebajikan awak sebagai seorang isteri terpelihara dan terjaga dengan rapi.
Saya juga dengan sesungguhnya berazam untuk menjadi seorang pendidik dalam institusi rumahtangga kita kelak. saya akan tunaikan tanggungjawab saya untuk memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardhu Ain kepada awak. justeru itu, perlu untuk saya melengkapkan diri dengan pendidikan agama supaya tanggungjawab itu dapat dilunaskan.
Saya pasti akan memberikan perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada awak kelak, kerana sesungguhnya saya yakin Isteri adalah amanah daripada Allah. dan saya akan jaga dan pelihara amanah itu sebaik yang mungkin.
Doakan saya untuk menjalankan tugas sebagai seorang suami mengikut acuan yang Islam gariskan. Bantulah saya dalam melaksanakan amanah ini.
ikhlas...Tunangmu.
Tuesday, December 21, 2010
kisah solihin untuk dijadikan pedoman
Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”
Ps: awak jangan risau, to be honest, saya bukan lah seorang yang banyak karenah, tapi flexible dan sangat-sangat mudah bertolak ansur.

Sulamkan Taqwa Dalam Perhubungan
Erm,
awak,
semoga kita bercinta hingga ke syurga.
Ramai pasangan suami isteri yang hangat bercinta mencari syurga, mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa.
bukan ke syurga dunia dibina untuk dilangsungkn hingga ke syurga sane?
tapi, kite sendiri dpt lihat sekrang ni, pasangan yang hangat bercinta sebelum kawen, akhirnya berkahwin. dan belom sempat inai ditangan pudar, belom sempat anak mampu berdiri, rumahtangga dihancur dipukul badai.
nape seme ini berlaku?
ini satu persoalan yg kite semua mahukan jawapannye..
Allah SWT ade menyebut dalam Quran, surah al-dzukhruf 43:67 yang bermaksud:
"Pada hari itu teman-teman akrab setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnye yang lain, kecuali orang-orang yang perhubungannya berdasarkan Taqwa"
itulah hakikatnye wak..
biar sehangat mane pon cinta yang membakar perhubungan 2 insan yang berkasih sayang, mereka akan jadi musuh diantara satu sama lain di padang mahsyar kelak.
tapi, knp cinta boleh jadi permusuhan?
apakah bentuk ujian di padang mahsyar sampaikan org yang berkasih sayang sanggup mementingkan diri?
sesungguhnya mahsyar itu mengheret manusia kepada TEKANAN. segala perdustaan di dunia terbentang di depan mata. time tu baru realize yang kehidupan dunia adalah sementara, dan segala tekanan yang diterima ketika mane berdiri di mahsyar adalah kesan daripada apa yang kiat da lakukan kat atas muka bumi. TEKANAN di mahsyar tersangatlah dan amatlah dasyat.
Si ibu sanggup mengenepikan anaknya untuk selamatkan diri,
pasangan berkasih sanggup mengorbankan pasangannya semata mata inginkan kelepasan daripada siksaan menanti.
keadaan yang sesak dan penuh dengan tekanan telah mengubah cinta kepada permusuhan,saling serang menyerang diantara satu sama lain demi sebuah keselamatan.
keadaan di padang mahsyar amat berbeza bagi insan2 yang bertaqwa. Insan2 yang menyulam kasih sayang dgn berbenangkan taqwa.
3 ayat yang dibacakan pada khutbah nikah yg mengiringi lafaz "aku terima nikahnya.." segalanya berbicara mengenai Taqwa.
1)surah ali imran: 102
2)surah an-nisa': 1
3)surah al-ahzab:70-71
pesanan Allah SWT adalah jelas. TIADA BAHAGIA TANPA TAQWA.
awak,
neraka dunia yang menghancurkan bahagia rumahtangga datang bersama tekanan.bermacam-macam tekanan yang menghimpit pasangan suami isteri sehingga ada yang berakhir dengan perpisahan.
Awak,
sama-sama kita berusaha untuk sulamkan cinta kita berbenangkan iman dan taqwa agar kebahagiaan rumahtangga kita berkekalan hingga ke syurga.
sama-sama kita berjuang untuk mengecap bahagia perjuangan, rumahku syurgaku....
Cinta yang tidak bersendikan taqwa adalah cinta yang berakhir dengan permusuhan.
Firman Allah SWT:
“(Mereka diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firman-Nya): “Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh.(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “MASUKLAH KAMU KE DALAM SYURGA BERSAMA-SAMA ISTERI-ISTERI KAMU, DENGAN MENIKMATI SEPENUH-PENUH KEGEMBIRAAN DAN KESENANGAN" [al-Dzukhruf 43: 68-70]

kita pergunakan masa di dunia ini sebaiknye untuk kite terus mengecap kebahagiaan hingga ke syurga yang abadi.
semoga kita dapat menghadapi segala mehnah dan tekanan disepanjang hayat kita sebagai suami isteri kelak dengan penuh sabar dan ingatlah, setiap orang yang beriman akan diuji keimanannya dan setiap ujian yang diberi semestinya terkandung hikmah disebaliknya...
credit to saifulislam.com.
Monday, December 20, 2010
~_~
Jika seorang isteri menangis di hadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya!
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan org yg sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dgn mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan
menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis krnmu, tolong pegang tangannya dgn penuh
pengertian. Kerana dia adalah org yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat kau
terpuruk terlalu dalam ...
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jgn mensia-siakannya.
Mgkn, krn keputusanmu, kau merosak kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis krnmu. Lihatlah jauh kedlm matanya. Dptkah kau
lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "
Lalu TUHAN menjawab
"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal..."...Apa itu Yaa TUHAN ??
Bahwa "Betapa, BERHARGAnya dia"...

Dirimu di pilih kerana NYA,
janji yang dimeterai untuk mendampingi dirimu secara halal buat selama-lamanya,
Doakan diriku untuk menjadi seorang suami yang terbaik di dunia,
doakan diriku untuk menjadi seorang ayah yang mithali,
doakan diriku moga mendapat keluarga yang bisa mengheret bukan sahaja diriku,
TETAPI
kita sekeluarga....
~Tunangmu~
~sesaje~hehe
Assalamualaikum tunangku,
Semoga sentiasa dirahmati Allah dan mendapat keredhaan daripada NYA sepanjang masa.
dan di harap sentiasa di dalam keadaan sihat walfiat disamping teman-teman seperjuangan di sana.
Alhamdulillah,
kita masih lagi mampu untuk mengecapi nikmat yang besar Allah anugerahkan kepada kita, iaitu nikmat Iman dan Islam. semoga kita sama-sama untuk terus mempertingkatkan amal ibadat kepada NYA, serta terus memantapkan ketakwaan kita kepada ALLAH SWT.
Ikhlas: Tunangmu... =)
Tuesday, December 14, 2010
Monday, December 13, 2010
Alhamdulillah...
Alhamdulillah....
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Bersyukur sangat-sangat....
Proses permohonan perkahwinan sebelah saya sudah selesai, hanya menunggu surat kebenaran kahwin yang akan dikeluarkan oleh pejabat agama pada 20/12 ni, insha Allah. Tapi saya wakilkan bak untuk mengambilnya. Dan Insha Allah saya akan serahkan surat kebenaran kahwin kepada awak secepat mungkin.
Barang-barang hantaran saya kira hampir 78.9% selesai dibeli, cuma tinggal set perfume dan barang2 tambahan lain seperti buah-buahan etc.
Pelamin untuk majlis sambut menantu pada 19/3/2011 (Insha Allah) sudah ditempah, baju-baju akan ditempah selang beberapa hari sebelum majlis itu berlangsung.
Seperti yang saya maklumkan pada awak sebelum ni, kami bercadang mengenakan maroon as our theme color untuk majlis di paka nanti. dan Abg Syukor (pemilik kedai yang kita akan sewa pelamin & baju) berjanji akan design kite punye pelamin secantik yang mungkin..tapi awak, pelamin tu xde kusi taw, just kusyen jek..
Semoga Allah permudahkan urusan perkahwinan kita dan semoga kedua-dua majlis kita nanti berjalan dengan lancar dan diberkati oleh NYA.....

Sunday, December 5, 2010
Friday, October 15, 2010
Gerbang Perkahwinan: Kurniaan, Ibadah dan Dakwah
Allah Taala telah menjadikan perkahwinan di antara tanda-tanda kekuasaanNya.
Menurut Syeikh Prof. Muhammad Ali al-Sabouni di dalam kitabnya az-Zawaaj al-Islami al-Mubakkir, Allah Taala menganugerahkan tiga kurniaan kepada hamba-hambaNya yang telah hidup berkeluarga (berkahwin) iaitu:
01.Pertama:
Isteri merupakan seorang manusia mulia yang Allah Taala ciptakan dari jenis yang sama dengan lelaki (suami). Oleh itu, kemuliaan suami itu menjadi sejajar dengan kemulian dan kemanusiaan isterinya juga.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Allah Taala juga menciptakan isteri dari jenis yang sama agar mereka saling kenal-mengenali dan berkasih-sayang sepertimana kata orang: Setiap jenis akan berkasih sayang dengan sesamanya juga.
Begitu juga dengan sebuah syair Arab yang indah ini:
Dalam asmara aku telah dikenakan baju indah bersulam cinta
Oleh seorang gadis yang amat jelita
Hingga purnama pun malu di hadapannya
Bila mata ini berbuat salah kerananya
Maka dengan airmata ia basuh semua dosa.
Oleh seorang gadis yang amat jelita
Hingga purnama pun malu di hadapannya
Bila mata ini berbuat salah kerananya
Maka dengan airmata ia basuh semua dosa.
02.Kedua:
Ketenteraman dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh suami ketika berdampingan dengan isteri yang solehah. Ini akan membawa kepada ketenteraman dan ketenangan dalam kehidupan berumahtangga.
Ketenteraman dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh suami ketika berdampingan dengan isteri yang solehah. Ini akan membawa kepada ketenteraman dan ketenangan dalam kehidupan berumahtangga.
Firman Allah Taala bermaksud:
Isteri-isteri supaya kamu merasa tenteram kepadanya. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Isteri-isteri supaya kamu merasa tenteram kepadanya. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Isteri yang menjadikan suami merasa tenteram dan suami juga menjadikan isteri merasa tenang menepati firman Allah Taala bermaksud:
Dialah yang menciptakan kalian dari diri yang satu dan darinya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya.
(Surah al-Araaf: Ayat 189).
(Surah al-Araaf: Ayat 189).
03.
Ketiga:Dengan ikatan kasih sayang dan cinta maka Allah Taala mengikat hati suami dan isteri itu.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Surah ar-Ruum: Ayat 21).
Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Surah ar-Ruum: Ayat 21).
Tanpa adanya nikmat ini nescaya seseorang suami tidak akan merasa senang kepada isterinya.
Dengan kekuasaan-Nya maka tertanamlah perasaan cinta ini sehingga apa yang menyakiti akan disakiti bersama dan apa yang disenangi akan disenangi bersama.
Perkahwinan Itu Satu Ibadah
Secara umumnya kita telah mengetahui bahawa perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga adalah suatu ibadah serta salah satu cara mendekatkan diri kepada-Nya.
Dengan perkahwinan, seseorang Islam itu akan mendapat ganjaran dan pahala daripada Allah Taala bilamana perkahwinan itu dilakukan dengan ikhlas dan bukan kerana nafsu semata-mata.
Bahkan hubungan kelamin di antara suami isteri juga mendapat ganjarannya.
Sebuah hadis Rasulullah SAW bermaksud:
"Dan pada kemaluan seseorang dari kalian terdapat sedekah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwat (kepada isterinya) memperolehi pahala? Rasulullah SAW bertanya: Apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwatnya dengan cara yang haram (berzina) ia berdosa? Mereka menjawab: Betul. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Demikian juga jika ia menyalurkan pada tempat yang halal maka ia akan memperolehi pahala."
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad).
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad).
Halangan Dalam Melaksanakan Dakwah
Mungkin ada yang bertanya sendirian, mengapa saya memilih tajuk ini? Bukankah tajuk 'hebat' yang lain lebih banyak untuk dibicarakan?
Saya memilih tajuk ini kerana saya teringat satu tulisan ulama yang pernah saya baca suatu ketika dahulu mengenai halangan-halangan utama untuk berdakwah.
Di antara halangan tersebut ialah suami/isteri serta keluarga.
Asas dakwah sudah tentulah bermula dari institusi keluarga dengan suami dan isteri menjadi ketuanya.
Jika mereka sendiri tidak sehaluan dan rapuh pegangannya, mana mungkin dakwah ini dapat dijalankan dengan jayanya di rumah, apatah lagi untuk masyarakat Islam yang lain.
Oleh itu, suami atau isteri (serta bakal) perlu memahami perkara ini dengan sebaiknya agar usaha dakwah kita tidak terbantut di tengah jalan.
Kesimpulan ringkas dari tazkirah kali ini ialah:
1. Perkahwinan itu satu ibadah dan anugerah dariNya.
2. Percepatkan perkahwinan jika sudah bersedia.
3. Selain memilih pasangan hidup yang beragama, pasangan hidup yang memahami perjuangan kita juga perlu diutamakan.
4. Suami dan isteri perlu melayari bahtera rumahtangga dengan perasaan kasih sayang dan cinta.
5. Mendidik anak dengan agama adalah tanggungjawab ibubapa.

Penulis: Ustaz Muhammad Rashidi Wahab (via iLuv Islam)
Subscribe to:
Posts (Atom)