Saturday, September 25, 2010

MeNdiDik vs Mengongkong







Bismillahirrahmanirrahim,


Assalamualaikum...


Sebelum itu, sekadar makluman awak, apa yang akan saya tuliskan dibawah ini bukanlah bertujuan untuk mengungkit apa yang dah berlaku (saya tetap berpegang pada janji tu), tetapi ianya adalah satu keterangan ikhlas yang lahir daripada hati saya yang cuba untuk saya sampaikan pada awak sebelum ni, tapi tiada kesempatan untuk melunaskannya.


Awak,


Pertama sekali, saya nak awak tahu yang saya tidak pernah berniat untuk menyekat kebebasan awak. Tiada terlintas pon niat cetu. Mungkin selama ini terdapat beberapa pandangan serta teguran saya yang mencerminkan yang saya ini seorang yang cuba untuk merampas kebebasan awak.Sebenarnya tidak....
Teguran dan pandangan itu sebenarnya lahir daripada hati yang ikhlas seorang 'teman' kepada insan yang teristimewa dalam hidupnya.


Saya sendiri tidak menyukai diri dikongkong, tetapi sekiranya nasihat dan teguran itu berguna untuk saya agar saya tidak tergelincir daripada landasan yang sebenar, saya alu-alukan sebarang nasihat dan teguran. Mana yang baik dikekalkan dan mana yang tidak baik kita elakkan.


Saya bukanlah seorang yang syadid tetapi sekiranya sesuatu perkara itu adalah jelas salah di pandangan mata, sebagai seorang muslim, "nasihat" itu perlu.


Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman."


Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya."



Anas r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya."
                        Ertinya: Orang yang menganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar itulah pembuka kebaikan dan penutupan dari kejahatn dan ia termasuk orang mukmin sebagaimana firman Allah s.w.t.: "Wal mu'minuna wal mu'minaatu ba'dhuhum auliyaa'u ba'dh ya'muruuna bil ma'rufi wayanhauna anil mungkar." Yang bermaksud: "Orang-orang mukmin lelaki dan perempuan setengah menjadi wali pembantu pada setengahnya, menganjurkan kebaikan dan mencegah dari mungkar."

Said meriwayatkan dari Qatadah berkata: "Ada seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. ketika diMekah lalu bertanya: "Benarkah engkau mengaku sebagai utusan Allah s.w.t.?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. : "Ya" Lalu bertanya: "Amal apakah yang lebih disukai Allah s.w.t?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Menghubungi keluarga." Tanyanya lagi: "Kemudian apakah?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Menganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar." Lalu ditanya lagi: "Amal apakah yang sangat dimurkaiAllah s.w.t.?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. " Syirik, mempersekutukan Allah s.w.t." "Kemudian apakah?" tanyanya lagi. Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Memutuskan hubungan kekeluargaan." "Kemudian apakah?" tanyanya lagi. Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Meninggalkan amar ma'ruf dan nahi mungkar (tidak suka menganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar)."

Saya akui yang saya tiada hak ke atas awak. Tetapi, hak sesama muslim tidak pernah terpadam kerana setiap muslim itu adalah bersaudara. Nabi SAW ada bersabda bahawa "adapun dari tanggungjawab seorang muslim itu ke atas saudara muslimnya yang lain ialah dengan memberi nasihat untuknya semasa ketiadaannya". kita pon sedia maklum kan yang nasihat adalah agama dan ajaran Islam.

Awak,
saya akui yang saya bukanlah seorang insan yang sempurna. saya juga kekadang tewas dengan kekhilafan sendiri.kekadang saya perlukan nasihat sebagai pembimbing kepada saya daripada terus hanyut dalam arus lagha. Nabi SAW juga pernah bersabda, "Apabila seseorang dari kamu meminta nasihat dari saudaranya maka hendaklah saudaranya itu memberi nasihat kepadanya".Nasihatilah saya awak..saya bukan insan yang sempurna.


Saya juga mengaku yang saya bukanlah seorang abang yang baik. saya masih lagi belom berhasil untuk membentuk adik adik saya mengikut acuan yang Islam gariskan. sukar untuk approach adik beradik sendiri.semoga tuhan memberikan ketabahan dan kekuatan untuk saya meneruskan tugas seorang abang agar saya tidak didakwa di akhirat kelak.


Awak,
Saya begitu concern pada awak kerana awak bakal menjadi Isteri yang solehah, bakal menjadi Ibu mithali kepada anak anak saya kelak, bakal menjadi menantu yang solehah kepada ma dan bak, bakal menjadi pelengkap kepada kesempurnaan adik beradik saya, bakal menjadi pemimpin dalam masyarakat muslimah dan semoga Allah perkenankan doa saya untuk jadikan awak wanita syurga.


Awak,
saya bakal menerima amanah yang besar daripada Allah SWT. Amanah yang mana akan dipersoalkan di akhirat kelak sekiranya ianya tidak dijaga dengan baik. Amanah ini bisa menjadi penghalang kepada seorang suami untuk menghidu bau syurga, kerana dosa yang dilakukan oleh si isteri akan ditambah ke dalam saham si suami di akhirat kelak. Saya berazam untuk menjaga amanah itu dengan berlandaskan acuan yang islam gariskan di dalam al-Quran dan As-sunnah. 
Awak, bantulah saya untuk menjalankan amanah sebagai seorang suami yang terbaik kelak.......
Dan sekali lagi,saya tak pernah bermaksud atau berniat untuk merampas kebebasan awak..



Ikhlas nukilan Tunangmu....






Friday, September 24, 2010

Saya Pon nAk minTak mAaf Juge..






Bismillahirrahmanirrahim....

Salam kemaafan pembuka bicara..(ecece, macam nak berdebat pon ader..eheh)




Semoga segala kesalahan saya pada awak dimaafkan..

Jangan disimpan dalam hati yer.....






ikhlas daripada Tunangmu...............


.................

Bismillahirrahmanirrahim..

Wan,

saya nk awak taw sy tak bermaksud kehadiran awak dah membuatkan hidup saya terkongkong. Langsung tak. 
Cuma semalam. Tak tahu knapa sy rasa semacam. N perasaan tuh dah pon hilang. 

Mungkin sebb smlm terlintas kat kpale sy yng sebelum ni apa yang saya buat, tak ade ape masalah pon. Tetibe sekarang bnda yng bg sy dulu biasa je dah jd tak biasa sekarng. 

Bila fikir balik, itu semestinya. Status saya dah berubah. Dan bakal berubah lagi. Maka sy pun perlu berubah dlm bnyak perkara. dr segi kebebasan salah satunya. 


Tapi saya lambat untuk sedar perkare mcm tuh. sy hanya notice setelah everything has happen. n saya minta maaf  atas kekhilafan diri.. (saya dah maafkan awak, dan saya harap awak pon dapat maafkan saya yer)

(saya terima bunga ni..cantik!..really appreciate it!)


(awak tetap penting buat saya)


(kita hanyutkan masalah ni jauh2, moga ianya takkan kembali lagi)

Sunday, September 19, 2010

Gambar2 yang dijanjikan..



Assalamualaikum...awak, gambar2 kat bawah ni the latest one...so, x complete sangat...yang adek badek lain tu lain kali insha allah....

Kak Mie, Damia, Kak Watie dan Aina








yang boy tu wafi (anak k.wati), yg tengah nak curi duit tu pon ank k.wati, Ika





           Haa, ni laa abang zaid...yang sebelah kiri tu along, husband k.yah







Bersambung..ehehe

~Doa~





" YA Allah seandainya dia diciptakan mnjdi milikku,baik utkku duniaku dan akhiratku..maka satukanlah kami dlm ikatan pernikahan"













Monday, September 6, 2010

Have a safe Journey yaa..!!


Bismillahirrahmanirrahim...

Salam....



Wish you...





and






Don't forget to.....







Not that...







Erm....



In case....


if you refuse to do so,


at least you should have.....










~Kidding..!!~







~Family~

Assalamualaikum.....


Maaf sebab agak lambat merespon..hehe
Ma nak sangat cat umah dia, so kene la penuhi permintaan dia tadi...huhu

nak cite apa yer pasal family saya neh..erm.....takde yang menarik pon..haha...

Yang sebenarnya, adek badek saya semenye 12 orang. Tetapi Allah lebih menyayangi 2 orang daripada kami untuk dijadikan saham ma dan bak di akhirat kelak. dorang meninggal time baby lagi..sebab musabab tu tak pernah sempat lagi nak clerk ma..hehe...

So, sekarang berbaki lagi 10 orang budak hitam..hehe

ma dan bak kawen tahun 1973..so, pada tanggal 1974, bulan 12..lahirlah abang sulong saya yang bernama Wan Mohd Ritauddin.


Selang beberapa tahun selepas tu, diikuti oleh kak wati (Wan Hasmadiwati). Anak yang ke-3 disandang oleh abang saya yang sekarang ni stay kat Kepong, Wan Mohd Anwar..


Arwah abang saya 2 orang tu tak sure pulak sandang tempat ke berape. Ma ad bagitahu dulu dulu, tapi lupe suda..hehe


So, yang seterusnya akak saya yang sekarang mengajar kat KAFA, Wan Kamariah atau nama manjanya kak Gie (aka suzie,..hehe)

seterusnya, abang saya yang sekarang keje kat Giant Salak Selatan, Mohd Zaid

Pastu barulah kak yah (noor Kamsiah) keluar...then selang 2 tahun selepas tu....teka, siapa pulak?

Hehehe....Tunang awak ni la yang memegang tempat ke-7..

bawah saya ada lagi 3 orang adek iaitu ayu (Nur Hidayu), Siti Nur Suhadah (adek su) dan last but not least Wan Mohd Lokman.

Next, saya akan cite 1 by 1 k..

Abang saya yang sulong, biasanya kami panggil Abang Rie. Sudah berkahwin dan alhamdulillah dikurniakan 2 orang anak lelaki. Isterinya adalah bekas classmate kak yah time skolah menengah dulu. Senang cite, kak yah lah yang recommend kawan dia tu pada abang...hehe. sekarang mereka sama-sama mengusahakan kedai jual barang barang perkahwinan (moga moga saya boleh dapat diskaun nanti..ehehe)

Saya kagum dengan abang saye ni...hehe..Kagum dengan bakat yang ada..Suara dia best, so suke sangat2 kalau dengar dia nyanyi dalam bilik atau kat dalam tandas (tu je tempat2 dia menunjukkan bakat..hehe). Dia jugak pandai melukis, kadang kadang dengki jugak sebab tak dapat melukis secantik lukisan dia. Kenangan terindah bersamanya...ececece...time dia ajar saya silat dan main gitar....masa tu saya still di alam persekolahan..Memang terasa dialah abang yang paling bertuah sebab ade adek yang suke menyusahkan dia..haha


NEXT


akak saya yang first (anak yang ke-2) dipanggil kak wati. Akak saya yang ni laa yang paling sikit atau pun langsung tak suke berleter or membebel, compared to akak akak sayer yang lain..sebab kak wati tak boleh bercakap dan mendengar...hehe..(jahat btol saye neh..). Ma bagitahu akak dpt high grade fever time kecik2 dulu, then menjadi asbab kepada kekurangan tu. saya tak pernah anggap pon dia OKU sebab dia acts macam orang normal yang lain. awak tahu, akak saya ni kan bercintan cintan dengan husband sejak skolah menengah lagi. kalau time sebelum kawen dulu dulu, abes perkakas perkakas umah diukirnya as "zie dan has selamanya", "Has love Zie"..hehe..(awak janji jangan bagitahu dia pasal ni, mati saye kene cekik nanti..hehe). 

Dia pandai memasak, pandai menjahit (baju baju raya ktorang dia la yang jahitkan). Satu lagi, kalau dia sms saya, memang tergelak sorang sorang..dia kan kalau bercakap pakai bahasa isyarat kn..so, bila ditranslate pada words or sentences, ayat tu nanti jadi terbalik balik...tapi xde la sampai tak faham...huhu. Alhamdulillah, dia dikurniakan 2 anak lelaki dan 2 perempuan. yang first, Wan Mohd Amirul Asyraf (year 6), Wan Nur Anis Zulaikha (kalaw tak silap darjah 4 kot), 3rd is Wafi (setahun setengah) dan yang last adalah Wan nur Aina Insyirah (baby lagi, tp x sure bape bulan). Semua anak2 nye normal. dan semuanya pandai berbahasa isyarat termasuklah anak yg ke-3 tu..comel bila tgk dia nght nk berak kat mak dia..hehe. Sekarang kak watie selain amek upah menjahit, dia fulltime housewife. Dia tak sabar nak jupe awak taw...

Seterusnya....

Namanya Anuar, tapi kami lebih suke panggil abang Ja aka Rizal. sebab apa berlaku perbezaan yang ketara antara nama tu, ntah ler..hehe....mengikut pendapat parents, satu nama bak yang bagi, satu nama lagi ma yang bagi...hehe
character abang saya ni berbeza dgn abang abang yang lain, dia agak bersifat perempuan (bukan lembut atau sotong atau etc..)..kalau dia duk kat umah, memang umah akan sentiasa bersih sebab dia mmg suke mengemas umah. pastu agak berlembut dengan adik adik dan agak pemurah la kot..
Dia berkahwin dengan org kelantan, Kak Mie dan dikurniakan 2 orang anak (wan Mohd Daniel dan Balqis). Kalau awak perasan, dorang ada sekali masa majlis pertunangan kite.
Dorang tinggal kat kepong sekarang ni. abang Ja keje kat satu kilang kat Damansara dan kak mie pulak kerani kot..x sure..hehe

akak saya yang seterusnya kami panggil kak Gie. Keadaan yang sama dengan abang Ja dimana terdapat perbezaan diantara nama sebenar dan nama panggilan...hehe....
Dia sudah berkawen dan dikurniakan 4 orang anak (Daniel, afiq, haikal, dan sasha)
dia sekarang mengajar budak budak di KAFA. Tinggal di Kuala Terengganu.

Abang saya sorang ni kami panggil abang zaid. Belom berkahwin dan sekarang bekerja kat Giant Salak Selatan. sekarang ma tengah runsing knp dia tak kawen kawen lagi..hehe. Dia ni suke hidup merantau..saya pon jarang sangat pegi jupe dia kat salak selatan tu..huhu.

Next

Kak Yah...erm, tak nak cite panjang sebab awak dah kenal kn?hehe...dia sekarang busy duk jaga anak..hehe.

Seterusnya, anak yang ke-7.....rasa rasanye awak dah kenal kot..hehe...ke nak kene explain in detail jugak?hehe

Nur Hidayu atau kami panggilnya Ayu...namanya tak seayu rupa..haha..jahat giler...kidin!..Dia sekarang masih busy dengan study..ye ke?hehe...Dia macam minat perkara perkara yang lasak, dan bidang bidang yang mencabar. kami pon pelik kenapa dia minat forensik...erm............but we do support her...huhu

adek su or aka suhadah...Form 3 skrg....suka berfesyen etc....fenin kepala duk fikir pasal dia ni..PMR dah dekat, tapi jarang sangat bukak buku...aisey..bila dipaksa baru lah bukak...

yang paling bongsu, adek man aka Lokman..dia ni skrg form 2. skrg dia dlm fasa penghijrahan drpd zaman budak budak ke zaman remaja...hehe...kalau dulu suke sangat main dengan basikal, modify la ape la..semalam sy tanya dia "pegi masjid dgn ape?" dia jawab "motor kawan", "mana basikal?", "MALU"...hehe.

Begitulah serba sedikit cerita mengenai famili saye neh...kalau ada pape lagi yang nak tahu pasal kami, tanye la ye...



# Awk, sepatotnya ade sekali dgn gambar,,..tetapi memandangkan tenet kat sini agak hambar...
# Pulak tu gamba2 family banyak dlm laptop kak yah,.sikit je yg ada pada sy..
#Insha Allah nanti next time sy upload eh....



Sunday, September 5, 2010

SpEcIaL ThaNks to U

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamu'alaikum...
First and foremost THANKS...
Secondly juge, THANKS..
Thirdly juge THANKS...
i was just speechless...tak sangka ada org buat blog cenggini..ssooo NICE! nway, cant say much...blom tibe masenye..hmmm
awak, i really appreciate what uve done..moga Allah permudahkn urusan awk dan saya..moga Allah pandu kita di jalan Dia dan moga Allah rahmatinya..tiada yng lain slain rahmat DIA yng saya harapkan..Lahaula walaa Quwwata illabillah...


terima kaseh atas pringatan2 yng awk kongsi..inshaAllah sy cuba teladani apa yng dituntut agama kita..walaupun tak semua sy mampu, at least ill try a bit by bit..doakan saya..
thanks for ur card..awk, comel tak binatang dalm card sy kasi tuh?? comelkn..he jagn mara..kalo ikotkan bnyak lagi card lain yng sy nk pilih tp sumenye cm yng awk ckp tu..kate2 yng tak seswai ntuk fasa kita..huu nway tu pon ok kan?hehe


n i love d present! dont worry.be it a bear, be it a rabbit, b it a gorilla, be it an elephant ill always like it..as long as its from u..he






its cute!!nk letak nama pe eh??hmm wanmira leh??hee


















rabbit!!awak ade kawn baru!!
wan pesan jaga die leklok taw!hee



Hmm blik hr tuh, i just leave the card that u gave ats meja kat luar tuh..pastu babah bukak..happy je dapt card from bakal menantu die..sebok die tye da kasi ke kite punye..hai babah nih..awal2 lagila org da kasi...;)
hmm biasanya card2 nih babah biarkn je atas meja..tp tibe2 bila dpt card nih, cantik je die ltak dalm almari..woww 























bak kate org tuh..SEHATI SEJIWA???hmm we'll c...


YA Allah, permudahkanlah urusan di antara kami..ameen ya Rabb...


last but not least...THANKS to Muhammad Riduan~~u've been grateful to me n family, thanks..

Friday, September 3, 2010

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga


Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.
Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

~Artikel daripada Rakan Masjid Universiti Teknologi Petronas~  
~Jazakumullah khairan jazak~ Cahaya Mata Puteri



Thursday, September 2, 2010

~Bukan TeDdy Bear~

Assalamualaikum....


TedDy beAr  ke tu?

Bukan lah, itu soft toy rabbit la....huhu...


Maaf awak, kami ni kaum lelaki agak naif sikit berkaitan dengan soft toys ni..semua yang bentuk ala ala soft toys saya panggil TeDdy bEaR....hehehe


Awak, walaupun ianya bukan teDdy beaR, i hope that you can bear with it.....huhu


Maaf yer....Insha Allah satu masa nanti saya akan dapatkan teDdy beAr yang awak idamkan tu....



Awak, saiz ni ok tak?

FaSa TeraKhiR

Assalamualaikum...

Hari ini sudah 24 ramadhan. sudah masuk fasa yang ke-3 iaitu fasa 'Itqun mina annar'. Terasa baru saja semalam kedengaran di corong corong radio pengumuman puasa. Cepat kan mase ni berlalu....macam mana pulak dengan amalan amalan kita di sepanjang bulan ramadhan ni?................


Tinggal baki beberapa hari lagi untuk kita merebut peluang yang Allah janjikan kite pada 10 malam terakhir ini. Semoga diberikan kekuatan untuk bangkit di malam hari. Semoga diri tidak disibukkan dengan urusan dunia...























Wednesday, September 1, 2010

~tHe cuTest Kad Rayer ever..!!

Assalamualaikum Tunangku






Kad rayer yang awak bagi hari tu dah dibuke......


Sorry, tak sempat rayer tp dah bukak....hehe


Nak buat macam mane, memang dah tak sabar sangat sangat nak buke nye..








"chakk"..!!







Hahaha....Naseb bek makhluk dalam kad tu tak hidup, kalau hidup dah lama digigitnye hidung sayer ni..


Fuhhs semangat..mujur lah tunang awak ni takde masalah jantung...hehe


Btw, kad tu memang best, lawak...!! haha.......


senyum sorang sorang macam kucing neh bila tengok kad tu







mid point ke ni?

Masa ronda ronda kat mid point hari tu, ada jugak ternampak kad tu. tapi saje tak nak amek, watak dalam tu menakutkan sangat, risau gak awak takleh nak tidor malam, nak jalan ke dapur sorang  sorang jadi tak berani...hehe




"Semoga Ramadhan kali ini mengajar kita kehidupan yang sebenar dan semoga ia menjadi bekalan untuk kita hadapi kehidupan sebelum kita berjumpa dengannya lagi, Insha Allah"~      Thanks awak....