Thursday, December 23, 2010

~_^







Assalamualaikum wth bth...


Alhamdulillah,semalam kite telah selesaikan perihal rumah dan saya bersetuju dengan hasrat awak itu =)


Sebelum itu, seribu kemaafan dipinta kerana tak membantu sangat dalam discussion malam tadi..huhu.


Bukan kerana malas nak merespon, tapi ketika itu kepala terasa berat dan sakit, sebab tu saya terpaksa tidur awal. 


Dan saya tak salahkan awak atau pun terasa dek kerana kelewatan merespon msg kat YM, saya faham awak tengah ada keje time tu. I should be the one yang kene mintak maaf sebab kaco awak malam tadi..huhu..sorry.. =) dan saya tido awal malam tadi memang kerana sakit kepala ni, takde sebab lain. =)


sekarang,saya belum buat keputusan lagi samada nak terus stay kat MAP atau pun pindah ke asrama.segala keputusan saya nanti, i'll let you know, Insha Allah.


pape pun keputusannya, semoga ianya memberi kebaikan dan keharmonian kepada kita berdua.


Awak


Saya memohon sejuta kemaaafan, sebagai seorang suami di alam universiti yang masih memegang title student, yang masih belom mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap, banyak perkara yang tak dapat saya sediakan untuk awak sebagai seorang isteri. Persediaan perkahwinan kita yang ala kadar dan saya yang sepatutnya menyediakan tempat berteduh/perlindungan untuk awak tetapi buat sementara waktu ini, saya tak mampu untuk lunaskannya.


Keberadaan kita di universiti, ketiadaan pekerjaan dan pendapatan yang tetap buat sementara waktu ini tidak sesekali menghalang saya untuk menunaikan tanggungjawab-tanggungjawab suami yang lain seperti mana yang  telah digariskan dalam Islam .
Apabila akad nikah itu dilafazkan, saya berazam untuk menunaikan tanggungjawab-tanggungjawab itu sebaik yang mungkin selaras dengan firman Allah SWT dalam surah an-nisa' :34 yang bermaksud:


"Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya."


saya akan sedaya upaya berusaha untuk menjadi seorang pemimpin yang terbaik kepada kerajaan rumahtangga yang akan kita bina kelak. Dan saya akan pastikan keselamatan dan kebajikan awak sebagai seorang isteri terpelihara dan terjaga dengan rapi.


Saya juga dengan sesungguhnya berazam untuk menjadi seorang pendidik dalam institusi rumahtangga kita kelak. saya akan tunaikan tanggungjawab saya untuk memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardhu Ain kepada awak. justeru itu, perlu untuk saya melengkapkan diri dengan pendidikan agama supaya tanggungjawab itu dapat dilunaskan.


Saya pasti akan memberikan perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada awak kelak, kerana sesungguhnya saya yakin Isteri adalah amanah daripada Allah. dan saya akan jaga dan pelihara amanah itu sebaik yang mungkin.


Doakan saya untuk menjalankan tugas sebagai seorang suami mengikut acuan yang Islam gariskan. Bantulah saya dalam melaksanakan amanah ini.




ikhlas...Tunangmu.


















No comments:

Post a Comment